Disebabkan saya menerima banyak kes seperti ini, maka disini saya kongsikan untuk mak ayah yang mengalami masalah yang sama sebagai panduan 😊
Ringkasan kes
- Umur 9 bulan.
- Sudah pandai duduk seawal 6 bulan.
- Kini sudah pandai duduk tanpa sokongan.
- Sudah pandai mengesot dengan mengerakkan kedua-dua lutut untuk mencapai barang dan lebih gemar bergerak dalam posisi duduk.
- Tangan pernah terseliuh/tersalah urat kini sudah baik
Tips saya:
1. Sit up (minta bayi gengam jari kita ke posisi duduk)
2. Merangkak bersama bayi.
3. Ajak bayi bermain bersama bayi seusia yang masih dalam fasa merangkak.
4. Kerapkan mengurut bayi terutamanya di bahagian tangan.
5. Semasa bayi dalam posisi merangkak, bantu bayi dalam menggerakkan tangan dan kaki dengan betul.
6. Letakkan stimulus (remote tv, rattle) yang menarik perhatian untuk dikejar oleh bayi.
Kalau ada permintaan, model dan masa, saya cuba buat video supaya jelas ye 😊
*PERINGATAN: Tips ini hanya boleh digunapakai sekiranya kondisi bayi adalah sama. Disarankan untuk berjumpa atau merujuk pakar yang berkaitan.